Wednesday, 16 May 2012

Minggu 1- Kehilangan si kecil


Misteri kehilangan adik nurul nadirah atau panggilan manjanya dirang semenjak hampir 2 minggu yang lalu akhirnya terjawab selepas pihak polis menemui satu rangka rentung yang ditemui dalam sebuah lubang yang baru digali hanya 3.5 kilometer dari rumah mangsa. Berita ini telah mengejutkan seluruh rakyat malaysia. Pembunuh ini sungguh kejam kerana sanggup melakukan perbuatan yang kejam ini pada seorang kanak-kanak  yang masih kecil dan tidak bersalah ini. Kes ini merupakan kes kekejaman yang kedua selepas kes pembunuhan adik nurin jazlin yang telah dibunuh dengan kejam pada tahun 2007.  Jika beberapa bulan sebelum ini kita dilaporkan dengan beberapa kes kematian yang diakibatkan oleh penderaan, tersedak susu dan kes kematian kanak-kanak yang berlaku di pusat jagaan kanak-kanak, tetapi pada beberapa hari lalu kita telah dikejutkan dengan kes kematian adik ini yang betul-betul menyayat hati. Adik ini bukan sahaja dibunuh, malah mayatnya turut dibakar hingga rentung dan sukar untuk dikenalpasti.

Apakah dosa yang telah dilakukan oleh kanak-kanak ini sehingga dia diperlakukan sekejam ini??Mengapakah manusia pada zaman sekarang semakin kejam?? Sudah hilangkan sikap perikemanusiaan mereka dek arus permodenan yang berlaku pada masa kini.

Apabila membaca berita tentang kes kematian adik ini, pasti ramai rakyat malaysia yang masih berperikemanusiaa yang turut sama merasai kesedihan yang dirasai oleh kedua ibu bapa arwah walaupun mereka tidak menghadapinya sendiri dan hanya membaca di dada-dada akhbar dan mendengar di media massa sahaja.  Pasti ibu bapa yang mempunyai anak seusia adik ini  membayangkan  bagaimanakah mereka akan menghadapi situasi ini jika perkara ini berlaku pada anak-anak mereka.

Beberapa hari selepas itu, berlaku pula satu lagi kes kematian yang juga melibatkan kanak-kanak. Kanak-kanak ini ditemui terapung setelah setelah hilang semasa bermain di taman permainan di tasik titiwangsa. Kanak-kanak tersebut dipercayai tergelincir semasa bermain dipadang berhampiran tasik itu dan terjatuh ke dalam tasik tersebut.

Setiap kali berita mengenai kanak-kanak hilang dilaporkan, perkara pertama yang akan difikirkan oleh semua orang adalah ‘ macam mana budak tersebut boleh hilang?,  siapakan yang menculik budak ini? Dan mengapa budak ini diculik?’.  jika mereka hilang ketika bermain seorang diri di taman, atau semasa pergi ke kedai seorang diri apabila disuruh oleh ibu, adakah ini menggambarkan kecuaian ibu bapa??
Ibu bapa juga hendaklah mengawasi pergerakan anak-anak mereka dan jangan membiarkan mereka keluar seorang diri tanpa pengawasan orang dewasa. Jika mereka hendak ke taman permainan seorang diri, jangan biarkan mereka pergi. Biarlah anak anda menangis sekejap kerana tidak dapat pergi ke taman permainan tetapi jangan anda menangis kerana kehilangan anak anda untuk selama-lamanya. Ibu bapa hendaklah mengawasi pergerakan anak –anak mereka tidak kira dimana mereka berada.

Memang benar, jenayah atau kemalanagan bukan sesuatu yang boleh dijangka, tetapi kita boleh mengawal persekitaran bagi merendahkan risiko anak-anak kecil ini menjadi mangsa culik atau bunuh. Semoga kita dijauhi daripada perkara-perkara yang tidak diingini dan tidak lagi mendengar kes kematian kanak-kanak yang mengngerikan.

No comments:

Post a Comment