Cara kita mengasuh anak-anak akan mempengaruhi tingkah laku dan pribadi anak-anak apabila mereka dewasa kelak. Mungkin ibu bapa merasakan mereka tidak melakukan apa-apa kesilapan semasa mendidik anak-anak kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang gaya asuhan dan kesan-kesan daripada gaya asuhan yang diamalkan. Terdapat beberapa gaya asuhan yang diamalkan oleh ibu bapa antaranya gaya asuhan autoritatif, gaya asuhan autoritarian dan gaya asuhan pemisif.
Gaya asuhan autoritarian
Ibu bapa yang amalkan gaya asuhan ini mempunyai sifat kawalan yang tinggi, tapi kurang dalam tanggungjawab. Anak-anak yang dibentuk dengan cara ini akan mempunyai ciri-ciri seperti berfikiran negatif, sering memberontak, pendendam, bimbang, cemas, pendiam, kurang motivasi untuk berdikari dan banyk lagi apabila dewasa nanti. Gaya keibubapaan ini menggambarkan ciri-ciri kesan negatif terhadap konsep kendiri anak kerana anak akan mempunyai kemahiran sosial yang lemah, menjadi individu yang terlalu agresif atau terlalu pasif serta mempunyai mood yang tidak menentu.
Terdapat kajian yang dilakukan oleh Lawrence (Mohd Salleh, 1986) mendapatiremaja yang diberi kasih sayang yang terlalu keras atau tidak diambil peduli, autokratik, pasif serta didiskriminasi oleh ibu bapa akan menghasilkan anak-anak remaja yang bermasalah, memberontak dan menuju tingkah lak u yang terpesong dan menyeleweng.
Ibu bapa yang mengamalkan gaya asuhan ini terlalu mengawal anak-anak mereka sehingga anak mereka tidak bebas melakukan apa yang mereka suka. Apabila anak-anak mereka hendak melakukan sesuatu perkara, ibu bapa akan melarang dan lama kelamaan anak-anak akan berasa bosan kerana asyik dilarang dari melakukan perkara yang mereka suka dan mereka akan lebih suka berdiam diri dari melakukan apa-apa. Hal ini juga akan membuatkan kanak-kanak ini tidak mempunyai keyakinan untuk melakukan sesuatu yang baru.
Gaya asuhan autoritatif
Ibu bapa yang autoritatif mengawal dan bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka. gaya asuhan yang bersifat rasional dan demokratik dapat mmebentuk anak-anak yang berfikiran potof, aktif bersosial, bertanggungjawab dan mmepunyai kompeten dari aspek kognitif. Komunikasi antara anak dan ibu bapa yang baik, suasana keluarga yang tenteram dan beberapa ciri asuhan yang autoritatif yang baik akan menghasilkan remaja yang bersikap positif. Kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang demokratik cenderung menjadi lebih bertenaga, mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi, berdedikasi, dapat kawal diri dan berpuas hati terhadap rakan sebaya.
Antara ketiga-tiga gaya asuhan ini, gaya asuhan autoritatif adalah gaya asuhan yang bagus dlam mendidik anak-anak. Melalui gaya ini, anak-anak bebas melakukan apa yang hendak lakukan, tetapi tingkah laku mereka akan diperhatikan oleh ibu bapa. Jika perkara yang hendak dilakukan tidak mendatangkan keburukan, ibu bapa akan membiarkan akan-anak mereka melakukannya dan jika perkara yang hendak dilakukan mendatangkan kesan buruk, ibu bapa akan melarang mereka daripada melakukan perkara tersebut.. Anak-anak juga diberi peluang untuk meluahkan pendapat mereka dan bukannya hanya mendengar arahan daripada ibu bapa mereka sahaja. kanak-kanak bebas meneroka dan dapat berfikir samaada perkara yang mereka hendak lakukan baik atau tidak dan ini dapat meningkatkan perasaan ingin tahu mereka terhadap sesuatu perkara
Gaya asuhan pemisif
Gaya asuhan jenis ini merujuk kepada ibu bapa yang mesra dan bertanggungjawab tetapi lemah dalam kawalan dan akan mengakibatkan anak-anak terlalu bergantung dan terlalu manja. Kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang pemisif cenderung bersifat tidak dapat mengawal diri, impulsif, kurang berdikari dan kurang meneroka. Kekurangan kawalan dari ibu bapa, tingkah laku agresif dan kegagalan dalam persekolan semasa kanak-kanak sering dikaitkan dengan gejala seks bebas, pengambilan alkohol dan dadah semasa remaja.
Gaya asuhan jenis ini akan membuatkan anak menjadi terlalu manja dan setiap kali meminta sesuatu daripada ibu bapa atau sesiapa sahaja, mereka akan mengharapkan permintaan mereka dipenuhi. Sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi mereka akan merajuk dan memberontak.
dibawah ini saya ada menyelitkan sedikit kesan-kesan yang terjadi akibat gaya asuhan yang diamalkan oleh ibu bapa:-
KESAN GAYA ASUHAN POSITIF IBU BAPA TERHADAP SIKAP DAN TINGKAHLAKU ANAK
1) Jika anak sentiasa diberi kasih sayang tanpa syarat ia akan menjadi seorang yang penyayang.
2) Jika anak selalu ditabahi ia akan menjadi seorang yang penyabar.
3) Jika anak selalu diberi galakan ia akan menjadi seorang yang yakin diri.
4) Jika anak selalu diberi pujian ia akan menjadi seorang yang menghargai dirinya.
5) Jika anak dilayan dengan saksama ia akan menjadi seorang yang bersikap adil.
6) Jika anak diberi pengiktirafan ia akan suka dan sayang pada dirinya dan pada orang lain.
7) Jika anak dihormati ia akan menghormati orang lain.
8) Jika anak sentiasa didampingi dan diterima ia akan menjadi seorang yang tahu menjadikan dunia ini tempat
yang seronok, selesa dan bahagia.
9) Jika anak sentiasa dihargai ia akan menjadi seorang yang produktif.
10) Jika anak diberi perlindungan ia akan menjadi seorang mempunyai kepercayaan diri.
KESAN GAYA ASUHAN NEGATIF IBU BAPA TERHADAP SIKAP DAN TINGKAHLAKU ANAK
1) Jika anak selalu dikecam ia akan menjadi seorang yang suka mengecam orang lain.
2) Jika anak selalu diseterui atau dimusuhi ia akan menjadi seorang yang suka bergaduh dan berkelahi.
3) Jika anak selalu dihina ia kan menjadi seorang yang pemalu dan kurang yakin diri.
4) Jika anak selalu diberi pujian berlebihan ia akan menjadi seorang yang riak dan sombong.
5) Jika anak selalu dilayan dengan kekerasan dan marah-marah ia akan menjadi seorang yang agrasif dan
suka membantah.
6) Jika anak selalu dibeza-bezakan ia akan menjadi seorang yang tidak puashati, irihati dan rasa bersalah.
7) Jika anak dipersalahkan ia akan menjadi seorang pembohong dan pendendam.
8) Jika anak selalu dikritik ia akan menjadi seorang tidak yakin diri.
9) Jika anak selalu dimenangi walaupun bersalah ia akan menjadi seorang yang biadab, suka menyalahkan
orang lain dan besar kepala.
10) Jika anak selalu disisir ia akan menjadi seorang merasakan dirinya tiada harga diri.
11) Jika anak selalu dibohongi ia akan menjadi seorang pembohong dan penipu.
No comments:
Post a Comment