Wednesday, 16 May 2012

Minggu 2- bagaimana menjadi pengurus yang disenangi


Kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada siapa pentadbirnya iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Apabila menjadi seorang pengurus, kita hendaklah menjadi pengurus yang baik supaya segala kerja dapat dilakukan dengan baik dan pekerja juga berasa senang untuk bekerja dengan kita. Apabila pekerja senang untuk bekerja dengan pengurus tersebut, mereka akan melakukan kerja dengan baik dan kadang-kadang dengan rela hati sahaja pekerja akan menghulurkan bantuan jika mereka nampak pengurus mereka memerlukan pertolongan tanpa sempat pengurus meminta bantuan. Tetapi jika pekerja mendapat pengurus yang tidak baik, mereka akan berasa tidak bersemangat untuk membuat kerja dan sering mengelak daripada terserempak dengan pengurus mereka.

 antara ciri-ciri pengurus yang baik adalah pengurus tersebut boleh menerima pendapat orang lain dan bukan hanya pendapat dia sahaja yang perlu didengar dan menolak pendapat orang lain. Pengurus yang baik juga mestilah prihatin dengan kebajikan pekerja. Contohnya jika pekerja mempunyai masalah, pengurus mestilah turut membantu untuk mneyelesaikan masalah yang dihadapi. Jika pekerja menyumbangkan kejayaan kepada syarikat, penguru hendaklah menghargai pekerja tersebut seperti memberi anugerah atau memberi bonus yang lebih kepada pekerja tersebut supaya mereka sentiasa berasa hasil titik peluh mereka dihargai. Antara ciri lain pengurus yang baik adalah bertolak ansur, menjaga kebajikan pekerja, mesra, bertolerasi, pendengar yang baik, memahami dan banyak lagi.

Ciri pengurus yang tidak baik adalah pengurus yang  tidak menghormati pekerja bawahannya. Jika pekerja melakukan kesalahan walaupun kesalahan itu kecik sahaja, pengurus akan menengking dan memaki hamun pekerja tersebut. pengurus yang sombong juga merupakan ciri pengurus yang tidak baik. jika bercakap, mereka akan menggunakan perkataan yang kasar dan tidak suka bergaul dengan pekerja bawahan kerana merasakan pangkat mereka lebih tinggi. Selain itu, antara ciri pengurus yang tidak baik adalah pengurus yang suka pilih kasih, selalu beremosi, panas baran dan suka pada kesempurnaan.  Pengurus ini juga tidak akan menerima pendapat orang lain merasakan pendapatnye sahaja yang betul.

sekiranya seseorang itu ingin menjadi pemimpin yang baik, dia hendaklah mengamalkan perkara-perkara seperti berikut:
§  Seseorang pemimpin harus bersedia untuk belajar dari siapa sekalipun apa yang dia tidak tahu kerana kepimpinan itu sesuatu yang boleh terus menerus dipelajari dari latihan dan pengalaman.
§  Seseorang pemimpin mesti berani memberi jawapan yang tegas kepada sesuatu yang difikirkan baik atau tidak baik kepada organisasinya.
§  Seseorang pemimpin yang baik berupaya memudahkan semua kerja, dengan menjadikannya kerja-kerja biasa yang boleh dilakukan oleh kebanyakkan orang bawahannya dan tidak memerlukan pakar khusus.
§  Seorang pemimpin yang baik mempunyai perhubungan baik dengan orang-orang bawahannya. Dia mengenali mereka sebagai individu-individu yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Pemimpin yang baik juga tidak berkasar dengan orang-orang bawahannya.
§  Seseorang pemimpin yang baik pandai membahagikan masa. Dia tahu bila masa bertugas dan bila masa di luar tugas dan bertindak bersesuaian dengan keadaan. Pemimpin yang tidak cekap selalu merasa runsing dan bimbang dengan hal-hal tugas di mana juga dia berada.
§  Dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai jenis manusia: ada yang malas, ada yang rajin dan ada yang boleh diharap serta ada yang tidak boleh diharap. Seorang pemimpin yang bijak tidak lemah semangat dengan keadaan ini. Dia menerima hakikat sedemikian dan menggunakan sebaik-baiknya apa yang ada.
§  Seorang Pemimpin yang baik tahu dan mahu berbincang denganorang-orang bawahannya mengenai sesuatu hal yang dia sendiri tidak pasti. Dia tidak hanya pandai mengeluarkan arahan saja.
§  Seorang pemimpin yang baik mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman mengenai tugas dan manusia.
§  Seorang pemimpin yang baik pandai memperkembangkan kebolehan bekerja orang bawahannya. Dia tahu mengagihkan tugas kepada mereka.
§  Seorang pemimpin yang bijak tidak sekali-kali lemah semangat dan cepat mengaku kalah apabila berdepan dengan sesuatu masalah. Kalau masalah tidak dapat diselesaikan dengan satu cara, dia menggunakan cara lain. Dia sentiasa bersikap positif.

No comments:

Post a Comment