Thursday 17 May 2012

Minggu 6- penubuhan tadika n taska


Pada masa kini, pusat asuhan kanak-kanak tidak kira tadika atau taska tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Ibubapa yang mempunyai anak-anak brusia 0 hingga 4 tahun akan menghantar anak mereka ke taska manakala anak yang berusia 5 hingga 6 tahun akan dihantar ke tadika. Disebabkan pada masa sekarang semakin banyak prasekolah yang dibuka, ada sesetengah ibu bapa  yang memilih untuk menghantar anak mereka ke prasekolah.

Disebabkan pusat asuhan kanak-kanak ini tumbuh bagaikan cendawan, ibu bapa mestilah memastikan mereka memilih tempat yang betul dan berkualiti semasa mahu menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan ini.  Ini kerana bukan semua tadika atau taska yang ditibuhkan benar-benar berkualliti. Kadang-kadang terdapat segelintir pengusaha tadika atau taska yang menubuhkan pusat asuhan ini  hanya mementingkan keuntungan sahaja tanpa mengambil kira keselamatan dan pembelajaran kanak-kanak. Ibu bapa hendaklah memastikan tempat mereka menghantar anak-anaka mereka itu berdaftar dibawah jabatan kebajikan masyarakat.

Jika pusat asuhan itu berdaftar dibawah jabatan kebajikan masyarakat, kita akan tahu bahawa pusat asuhan tersebut telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh jabatan kebajikan masyarakat dari segi ciri-ciri keselamatan, lokasi pusat tersebut dibuka dan pelbagai lagi.
Perkara yang perlu diambil kira semasa mahu membuat sesebuah pusat asuhan adalah lokasi pusat asuhan tersebut. Pusat ini boleh ditubuhkan mengikut keperluan masyarakat setempat seperti di rumah sesebuah, rumah berkembar, rumah teres ( bahagian tepi lot), rumah pangsa ( di tingkat bawah sekali) dan di  ruang pejabat ( di tingkat bawah sekali)

Antara tempat yang tidak sesuai untuk menubuhkan pusat asuhan adalah dikawasan rumah teres dan berangkai yang terletak dibahagian tengah-tengah dan lot tepi yang tidak mempunyai kawasan lapang yang luas. Selain itu, rumah kediaman yang terletak di persimpanagn atau berhampiran lebuhraya dan jalan-jalan sesak dan sibuk dengan kenderaan melintas juga tidak sesuai untuk ditubuhkan tadika.
Setiap tadika atau taska  yang ditubuhkan perlulah mempunyai polisi mereka yang tersendiri. Antara polisi yang perlu ada disesebuah tadika atau taska adalah dari segi keselamatan, kesihatan, nutrisi, komuniti, kanak-kanak, guru dan staf, keluarga, masa, kurikulum dan pelbagai lagi.

Polisi dari aspek keselamatan contohnya, kanak-kanak adalah dilarang daripada memakai barangan berharga ketika datang ke pusat asuhan. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlaku kes kehilangan barang kemas atau kanak-kanak itu diragut ketika perjalanan pergi dan balik ke pusat asuhan. Kawasan pusat asuhan hendaklah mempunyai pagar dan pagar perlu dikunci sepanjang tempoh kanak-kanak berada di pusat tersebut. ini adalah untuk mengelakkan daripada orang luar yang tidak berkaitan dengan pusat asuhan tersebut masuk sesuka hati.

Dari segi kanak-kanak pula, pihak pengurusan hendaklah menentukan berapakah tahap umur kanak-kanak yang boleh masuk ke pusat berkenaan dan bilangan kanak-kanak yang boleh diterima masuk untuk satu-satu sesi. Manakala dalam aspek nutrisi, pihak pusat asuhan hendaklah menyedikan makanan dan snek yang berkhasiat untuk kanak-kanak ini. Makanan yang berkhasiat penting bagi pertumbuhan kanak-kanak yang normal.

Jadi bagi sesiapa yang mahu menubuhkan tadika atau taska, ikutlah segala syarat yang telah ditetapkan oleh jabatan kebajikan masyarat. Ini kerana jika penubuhan taska atau tadika kita telah mendapat kelulusan daripada jabatan kebajikan masyarakat, pusat asuhan kita itu telah sah dan kita tidak perlu bimbang lagi jika jabatan kebajikan masyarakat membuat rondaan di pusat asuhan kita. Selain itu, jika kita mempunyai sijil pengesahan daripada jabatan kebajikan masyarakat, ibu bapa tidak akan berasa ragu-ragu untuk menghantar anak mereka ke pusat asuhan kita kerana mereka tahu kita telah mematuhi segala syarat yang dititikberatkan oleh jabatan kebajikan masyarakat seperti dari aspek keselamatan dan kebersihan pusat kita.

No comments:

Post a Comment