Thursday, 17 May 2012

Minggu 5- tarik perhatian si kecik untuk makan


Pemakanan yang sihat dan seimbang merupakan satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan kanak-kanak. Selain membekalkan tenaga, ia juga  membantu dalam perkembangan otak dan tumbesaran. Tanpa pemakanan yang seimbang, perkembangan dan tumbesaran anak-anak akan terjejas. Jika kanak-kanak kurang mendapat makanan yang berzat, pembesaran kanak-kanak akan terencat. Kanak-kanak ini tidak dapat membesar seperti kanak-kanak lain yang seumur dengan mereka.

Ketika berusia 2 tahun, anak kecil seharusnya sudah boleh memakan makanan keluarga dimana mereka sudah boleh memakan apa yang dimakan oleh ahli keluarga yang dewasa. Kadang-kadang terdapat kanak-kanak yang sukar untuk suka pada sesuatu makanan. Jadi, amat penting bagi ibu bapa untuk memupuk tabiat suka pada sesuatu makanan. Tabiat pemakanan yang betul perlu dititikberatkan di peringkat ini.

 Antara panduan pemakanan yang boleh diikuti adalah
  1.   Berikan anak anda makanan seimbang mengikut piramid makanan.
  2. Jika pengambilan  susu berkurangan, penting untuk memberikan makanan yang sesuai daripada jenis makanan yang lain
  3.  Mulakan dengan memperkenalkan jadual makan 3 kali sehari dan makanan snek antara waktu makan.
  4. Berikan susu semasa waktu snek. Jika kita memberi anak minum susu pada waktu makan utama,anak akan kekenyangan dan mungkin tidak mahu memakan makanan lain. 
  5. Tambah jenis makanan yang baru secara perlahan-lahan supaya kanak-kanak tidak jemu dengan menu yang sama.




Saya mempunyai seorang anak saudara yang berusia 5 tahun sekarang. Dia memang seorang budak yang aktif. Dia memang susah untuk makan terutamanya apabila disuruh makan nasi. Semasa  berusia 3 tahun, doktor selalu marah ibu bapanya kerana berat badan dia tidak seimbang dengan umur Setiap kali mahu menyuruh dia makan nasi, pelbagai alasan yang diberi. So, semasa mahu menyuapkan makanan kepada dia, pelbagai cerita la yang kami buat  samaada cerita karton atau cerita lain bagi menarik perhatian dia untuk makan. Semasa tengah makan pula, sedang kita menyuap dia, lepas 3 ke 4 suap nasi, mula la dia buat-buat menguap dan mengantuk ataupun mengatakan nasi tersebut pedas menandakan dia sudah tidak mahu. Waktu yang dia agak banyak makan adalah apabila kami semua makan beramai-ramai dan apabila ada kanak-kanak yang sama umur turut makan bersama-sama. dia juga lebih suka makan mee berbanding makan nasi. Jadi, kami juga selalu memasak mee rebus untuk dia. Kadang-kadang kalau dia tidak mahu makan sangat, kami mengatakan kalau dia makan nasi sampai habis, dia akan mendapat hadiah. Jadi, dia akan makan.

Tips bagi anak yang sukar makan
1.      Pelbagaikan jenis makanan
2.      Hidangkan makanan dalam bentuk yang menarik seperti menghias makanan dalam bentuk kartun
3.      Hidangan mestilah berwarna warni
4.      Semasa menyediakan makanan, ajak anak untuk sama-sama menyediakan makanan seperti menyuruh mereka potong sayur
5.      Berikan masa untuk anak menikmati hidangan mereka dan jangan terburu-buru.
6.      Tanya anak apa makanan yang mereka suka.
7.      Duduk bersama anak semasa mereka makan.
8.      Elakkan memberi snek kepada anak ketika hampir waktu makan kerana mereka akan berasa kenyang dan tidak mahu makan makanan yang dihidangkan.

















Makanan yang bagus untuk minda kanak-kanak


1) Kacang Badam (Almond)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari.

2) Kismis
Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda.

3) Minyak Ikan
Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi.

4) Kurma
Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran;
'Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26)

5) Madu
Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)

6) Habbatus Sauda
Sabda Rasulullah s.a.w. "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w "As Sam itu adalah mati.."

7) Buah Tin
Allah berfirman "Demi buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman.." Al Quran (95) Surah At Tiin (Ayat 1).
Sabda Rasulullah s.a.w.
Makanlah kamu semua darinya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata 'inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi”  Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti.

No comments:

Post a Comment