Thursday 17 May 2012

Minggu 8- proposal tadika


Dalam subjek pengurusan, kami telah diberikan tugasan untuk membuat proposal tadika atau taska. Kami boleh memilih apa-apa jenis taska atau tadika yang kami mahu buka. Setelah berbincang, kumpulan saya telah membuat keputusan untuk membuka ‘infant care centre’. Ini bermakna kami memberi tumpuan kepada kanak-kanak yang berusia 0 hingga 2 tahun. Kami memilih untuk membuka infant care centre kerana kami berasakan pusat jagaan ini masih belum ada lagi disini jika dibandingkan dengan taska, tadika atau transit. Setelah bertanya pendapat pensyarah, beliau juga berstuju dan menyokong keputusan kami kerana di malaysia masih belum ada lagi mana-mana pusat jagaan kanak-kanak yang hanya memberi tumpuan kepada kanak- kanak 0 hingga 2 tahun. Selepas mendengar persetujuan beliau, kami berasa semakin bersemangat untuk membuat proposal tentang ini.

Kami telah berbincang berapa orang kanak-kanak yang mahu diambil pada setiap tahun. Selepas itu, kami lihat pula bilangan guru yang diambil untuk bekerja. Semasa menentukan bilangan kanak-kanak, kami rujuk pada jumlah guru yang ada supaya bilangan kanak-kanak sesuai dengan bilanagan guru. Ini adalah kerana, kami mahukan setiap kanak-kanak mendapatkan perhatian dan jagaan yang sepenuhnya daripada guru tersebut. apabila bilangan kanak-kanak terlalu ramai dan tidak sesuai dengan jumlah guru yang ada, akan ada kanak-kanak yang tidak mendapat perhatian daripada guru. Memandangkan kami mengambil kanak-kanak berusia 0 hingga 2 tahun, nisbahnya adalah 2: 1 iaitu dua kanak-kanak dan satu guru.

Selepas itu, kami memikirkan dimanakah lokasi yang sesuai untuk menubuhkan tadika tersebut. kami berkira-kira untuk meletakkan yuran seorang kanak-kanak sekitar 350 hingga 400 seorang. Jadi kami mestilah mencari lokasi yang agak elit dan kedua-dua ibu bapa mempunyai gaji yang mahal.

Kemudian kami telah diajar oleh pn. Putri tentang polisi-polisi yang perlu ada ditadika. Dalam post yang sebelum ini, saya ada memasukkan sedikit polisi-polisi yang kami buat antaranya dari aspek keselamatan, kesihatan dan kebersihan. Seterusnya kami diminta untuk membuat peta  lantai bagi infant care center  yang kami hendak buka. Semasa mahu membuat peta lantai, tiba-tiba saya terfikir apa kata jika kami membuka pusat jagaan ini dimana-mana syarikat yang masih belum mempunyai taska atau tadika didalamnya. Setelah menyuarakan pendapat  kepada ahli kumpulan, kami bersetuju untuk membuka pusat jagaan kami ini di premis syarikat. Sasaran kami adalah ibu-ibu yang bekerja di syarikat tersebut.
Apabila membuka infant care center ini di premis syarikat, sebenarnya banyak kebaikan yang akan diperolehi oleh ibu-ibu yang menghantarnya.




antara  kebaikan yang akan diperolehi oleh ibu-ibu yang menghantar anak-anak ke tadika atau taska yang berada ditempat kerja mereka. antaranya, jika anak mereka menyusu badan, pada waktu rehat, mereka boleh ke pusat jagaan anak mereka untuk menyusukan anak mereka. mereka tidak perlu bersusuah payah mengepam susu ke dalam botol banyak-banyak dan memasukkan susu tersebut ke dalam tempat sejuk beku.

Selain itu, kebaikan yang lain adalah, apabila ibu bapa  pulang  daripada kerja, mereka tidak perlu lagi tergesa-gesa untuk mengambil anak mereka di pusat jagaan kerana anak mereka sudah berada dengan mereka. sebagaimana yang kita ketahui, ketika waktu pulang dari kerja, jalan akan sesak kerana semua orang berlumba-lumba untuk sampai cepat ke rumah. Jadi, jika anak-anak dihantar di tempat yang sama dimana mereka bekerja, walaupun mereka terpaksa bersesak dengan pengguna jalan raya yang lain, sekurang-kurangnya anak mereka sudah ada disisi.

Semasa berbual dengan pn. Putri, beliau memberitahu kami, jika kita mempunyai proposal untuk membuka tadika atau taska dan mahu membukanya di syarikat-syarikat tidak kira kecil atau besar, semasa berbincang untuk meminta kebenaran menubuhkan tadika kita itu dalam syarikat beliau, kita jangan sesekali menyerahkan proposal yang kita ada itu kepada syarikat tersebut. ini kerana mereka boleh mengambil proposal kita itu dan menubuhkan sendiri tadika mereka. jika hal ini berlaku, ia akan merugikan kita. Jika mereka mahu melihat proposal yang kita buat, kita boleh serahkan kepada mereka, tetapi kita hanya bagi mereka lihat pada waktu perbincangannya itu sahaja.

Pelbagai perkara telah kami bincangkan  bagi menyiapkan proposal ini. Alangkah seronoknya jika suatu hari nanti saya berpeluang untuk betul-betul membuka pusat jagaan kanak-kanak tidak kira la sama ada taska ataupun tadika

No comments:

Post a Comment