Wednesday 16 May 2012

Minggu 3- pusat asuhan si kecil


Pada kuliah kali ini, puan putri afzan telah menunjukkan kepada kami beberapa jenis pusat asuhan yang wujud di luar negara. Selama ini saya menyangkakan pusat asuhan kanak-kanak hanyalah seperti tadika, tabika, taska dan pusat permata sahaja. Tetapi selepas ditunjukkan oleh puan putri barulah saya tahu rupa-rupanya terdapat banyak lagi jenis pusat asuhan yang boleh dibina. Pusat-pusat asuhan ini sudah lama  beroperasi di luar negara tetapi masih belom beroperasi di Malaysia. Ini menunjukkan di luar negara mereka memang mementingkan dan mengutamakan pendidikan awal kanak-kanak. Di luar negara terdapat pusat asuhan seperti family care center, home care center, day care and child development center, infant care center dan banyak lagi. Bilangan guru dan pengasuh adalah seimbang dengan bilangan kanak-kanak supaya dapat memastikan semua kanak-kanak mendapat perhatian yang secukupnya daripada penjaga mereka. Diluar negara, suri rumah juga boleh mendapatkan wang tambahan dengan membuka tempat jagaan dan  mengambil upah menjaga kanak-kanak. Tetapi, suri rumah- suri rumah ini mestilah memastikan tempat jagaan itu sesuai dan direka khas untuk kanak-kanak ini tinggal dan bukannya bercantum dengan ruang harian keluarga mereka.  ruangan ini mestilah mempunyai tempat kanak-kanak bermain, makan, belajar dan tidur. Kanak-Kanak  ini juga mestilah mempunyai pengajaran dan pembelajaran dan bukan sekadar dijaga dan diberi makan sahaja.

Di malaysia juga ada tempat-tempat di mana suri rumah-suri rumah mengambil upah menjaga kanak-kanak sementara ibu bapa pergi kerja. Tetapi mereka tidak menyediakan ruangan khas untuk kanak-kanak ini tinggal dan biasanya kanak-kanak akan duduk bersama-sama ahli keluarga pengasuh. Mereka juga tidak mempunyai P&P.

Di malaysia masih kurang pusat jagaan kanak-kanak yang boleh memuaskan hati ibu bapa untuk menghantar anak mereka. kadang kala, mereka merasa was-was untuk menghantar anak mereka ke sesebuah pusat jagaan kerana faktor persekitaran dan pengasuh itu sendiri. Jadi hal ini akan menyusahkan para ibu yang bekerja. Mereka akan sentiasa berasa bimbang tentang keselamatan anak-anak mereka ketika berada di pusat jagaan.

Jadi untuk menaikkan taraf pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia, kita boleh mengambil idea tentang pembinaan pusat jagaan kanak-kanak daripada luar negara kerana di luar negara bidang pendidikan awal kanak-kanak memang berkembang luas. Memandangkan di malaysia, bidang ini baru hendak berkembang, memang sesuailah sekiranya kita mencedok idea daripada negara-negara yang sudah lama bidang ini berkembang. Tetapi ibu bapa juga janganlah merungut sekiranya pusat jagaan tersebut mengenakan bayaran yang mahal untuk perkhidmatan penjagaan yang berkualiti. Ini kerana, untuk memberikan penjagaan yang berkualiti, banyak perkara yang perlu disediakan oleh pihak pengusaha.

Apabila banyak pusat-pusat jagaan kanak-kanak yang bagus dan berkualiti, ibu bapa tidak akan merasa bimbang lagi tentang keselamatan dan keadaan anak mereka ketika di pusat jagaan.
jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk membuka taska atau tadika, teruskan la usaha anda kerana bidang ini boleh mendatangkan keuntungan . 



No comments:

Post a Comment