Thursday, 17 May 2012

Minggu 7- belajar sambil bermain


Belajar sambil bermain merupakan satu kaedah yang biasa digunakan oleh guru-guru ditaska, tadika dan prasekolah. Kaedah ini merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak kerana melalui bermain kanak-kanak akan lebih mengeksplore apa yang mereka pelajari. Bermain sambil belajar akan mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada kanak-kanak dalam sesuatu pengajaran yang ingin disampaikan. Dalam kaedah ini, kanak-kanak bukan hanya dapat mengembangkan perkembangan mental melalui sesi pembelajaran, tapi mereka juga dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal melalui aktviti pergerakan yang dilakukan dan bahasa melalui  komunikasi dengan kawan-kawan.

Sebagaimana yang kita ketahui, tumpuan kanak-kanak adalah sangat singkat iaitu sekitar 12minit hingga 15 minit sahaja. Jadi, jika guru hanya mengajar di hadapan kelas sahaja sepanjang 30minit, kanak-kanak memang tidak akan membri tumpuan kepada apa yang dicakap oleh guru dan mereka akan mula   gelisah dan tidak duduk diam. Mereka akan mula melompat-lompat dan mengacau kawan. Oleh itu, untuk mengelakkan perkara ini terjadi, guru hendaklah mneyelitkan aktiviti bermain sambil belajar supaya kanak-kanak tidak cepat bosan dan akan berasa lebih seronok untuk belajar. Selain itu, melalui bermain, kanak-kanak akan lebih cepat faham kerana mereka melakukannya sendiri dan bukan sekadar melihat dan mendengar apa yang ditunjukkan oleh guru.

Melalui aktiviti seperti menyusun puzzle dan bermain dengan blok akan merangsang pemikiran kanak-kanak bagaimana untuk menyiapkan puzzle yang diberikan dan bagaimana mahu menyusun blok-blok itu supaya tidak jatuh apabila disusun tinggi. Disamping itu, bermain juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan motor kasar mereka. aktiviti seperti menggunting kertas, kanak-kanak memperoleh kemahiran koordinasi mata tangan. Perkembangan koordinasi motor kasar adalah melalui aktiviti seperti memanjat, berlari, melompat dan sebagainya.

Bagi kanak-kanak, ‘main’ merupakan aktiviti yang sebati dalam kehidupan mereka. melalui bermain kanak-kanak belajar berkenaan diri dan alam persekitarannya. Tetapi terdapat sesetengah ibu bapa dan orang dewasa yang tidak mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang konsep ini menganggap ‘main’ tidak dapat mendatangkan faedah dan hanya membuang masa dan tenaga sahaja. Jadi, mereka tidak membenarkan anak mereka bermain dan hanya menyuruh anak mereka belajar sehaja sepanjang hari.

Antara kelebihan belajar sambil bermain adalah ia mendatangkan keseronokan kepada kanak-kanak dan membuatkan mereka tidak cepat bosan ketika belajar. Selain itu, belajar sambil bermain membuatkan kanak-kanak belajar tanpa menyedari mereka sedang belajar. Contohnya, ketika bermain bowling botol dan mengira jumlah botol yang jatuh, mereka bukan hanya bermain, tetapi sebenarnya mereka juga sedang belajar mengira dan belajar tentang nombor. Belajar sambil bermain juga tidak memberikan tekanan kepada kanak-kanak.

Saya dan kawan-kawan pernah ditugaskan oleh pensyarah untuk pergi ke tadika dan taska untuk menjalankan P&P. Apabila kami mengadakan aktivti yang berbentuk belajar sambil bermain mereka akan lebih teruja untuk belajar berbanding jika kami hanya mengajar dihadapan kelas sahaja. Ketika bermain, kami akan berbual-bual dengan mereka dan bertanya pandangan dan bersaol jawab dengan mereka. secara tidak langsung, kami dapat melatih mereka untuk berfikir dan bercakap.

Guru-guru taska, tadika, prasekolah dan ibu bapa bolehlah mengamalkan kaedah belajar sambil bermain semasa mahu mengajar anak-anak tentang sesuatu kerana dengan cara ini mereka akan lebih cepat menangkap apa sebenarnya yang mereka perlu belajar dan berasa gembira untuk terus belajar.



No comments:

Post a Comment